

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,
Saban tahun Ramadan berkunjung tiba, menjadi bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap mukmin di pelosok dunia. Ramadan 2021 (1442H) kali ini hampir tidak banyak berbeza dengan 2020, sesuatu yang cukup bersejarah dalam kamus umat Islam di seluruh dunia kerana kita meyambut Ramadan dan Syawal dalam suasana pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta perisytiharan darurat. Pastinya ada hikmah serta kebesaran daripada Allah yang mahu kita selaku hamba-Nya untuk berfikir dan insaf terhadap segala nikmat-Nya selama ini. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183;
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ
Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah: ayat 183)
Maka sepatutnyalah segala ujian tersebut menjadikan kita lebih bertaqwa kepada Allah S.W.T dan semakin hampir kepada-Nya.Kepada para frontliners khususnya frontliners kesihatan yang telah bekerja keras sehingga ke saat ini, marilah kita ucapkan jazakumullahukhairan, semoga anda diberi sebaik-baik balasan atas khidmat bakti mereka yang tidak pernah luntur selama ini. Moga Allah memberikan anda sebaik-baik balasan. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik, dan memperbanyakkan doa kepada Allah S.W.T agar melindungi kita dan menjauhi musibah pandemik ini daripada kita buat selama-lamanya.
Aamiin, Ya rabb.
Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa.
Dr. Muhamad Yusri Musa
Presiden
Persatuan Perubatan Islam Malaysia – IMAM
Comments are closed