Selamat Tahun Baru 2021!
#KITAJAGAKITA
Assalamualaikum and Salam Sejahtera,
Year 2020 has undoubtedly been tough on everyone, however, it was also a year where we saw everyone come together to lift each other through the ordeal. Here are a bits of message from IMAM Executive Committees to reflect on 2020 and hoping for the best in year 2021.
#KitaMestiMenang #KitaJagaKita

Dr. Muhamad Yusri bin Musa
PRESIDEN
Tahun 2020 telah meninggalkan kesan yang sangat pahit buat kita semua. Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap dunia kepada sesuatu yang tidak pernah kita saksikan. Malaysia, tanahair kita yang tercinta ini juga telah menerima impak yang menjadikan tahun 2020 terpahat dalam sejarah duka yang pastinya kekal dalam ingatan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Mungkin tiba masanya untuk kita sama-sama bermuhasabah, memperbaiki segala kesilapan kita, gaya hidup kita dan urusan seharian kita agar dapat membantu mengawal dan menumpaskan pandemik ini. Para pejuang barisan hadapan (frontliners) pastinya telah bekerja keras tanpa henti sejak bermulanya pandemik COVID-19 ini dan kita doakan mereka kekal tabah dan bagi mereka sebaik-baik ganjaran. Kita juga jangan alpa dengan pelbagai ancaman kesihatan yang lain seperti penyakit tidak berjangkit iaitu penyakit kardiovaskular, kanser, strok dan penyakit mental serta faktor risiko yang berkaitan dengannya seperti obesiti, tekanan (stress), merokok dan vape, ketagihan alkohol dan seumpamanya. Marilah kita jadikan azam 2021 untuk menjalani gaya hidup sihat melalui diet seimbang, tidur yang mencukupi, berhenti merokok, vape dan alcohol serta menjaga hubungan kita sesama manusia dan yang TERPENTING menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Moga-moga 2021 menjanjikan sinar yang lebih baik kepada semua umat manusia khususnya rakyat Malaysia.
Dr. Muhammad Munawar bin Mohamed Hatta
VICE PRESIDENT
A year passes by, full of challenges and plenty of adjustments. It brought us new perspective, and made us realise, freedom and health are among His precious gifts. We pray to Almighty not only for His continuous protection, but also for patience and strength in abundance.

Dr. Aneesa binti Abdul Rashid
SECRETARY
This year our activities were limited due to the COVID 19 pandemic, however IMAM has found many ways to increase its activities to continue to do what it needs to do. We have had overwhelming support and collaboration via our chapters specifically for COVID 19. Raising awareness on the pandemic, specifically via social media has been done actively during this tyring times. IMAM has also launched its mailing list to further update its members on its recent activities. IMAM fully supports international collaborations via the Federation of Islamic Medical Associations (FIMA) further strengthening efforts such as FIMA lifesaver, FIMA Relief and the FIMA journal; IJHHS. Subsequently, this increases the platform for da’wah, evidence-based practice, brotherhood and professionalism which is very much highlighted in Islam. Next year we hope to further increase collaborations and the level of professionalism as a body that carries Islamic values that benefits the ummah.
Dr. Ahmad Yusuf bin Yahaya
BENDAHARI IMAM /KETUA PENYELARAS IMARET
Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar dan mencabar. Petugas hadapan sibuk melawan penularan COVID19 sedang rakyat secara umumnya berhadapan dengan kesan penularan wabak ini. Penerapan norma baru telah menuntut pelbagai perubahan dalam cara kita bekerja dan berhubung. COVID19 juga telah mengubah jadual aktiviti IMARET dengan tumpuan sepenuhnya diberikan dalam membantu negara menangani wabak ini. Baik dari penyaluran PPE dan alatan perubatan kepada fasiliti kesihatan, menyediakan platform kesukarelawanan, mahupun menyalurkan bantuan Pek Prihatin kepada golongan yang memerlukan, kita cuba untuk menghayati maksud hadith Nabi SAW “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain”. Semoga perubahan yang berlaku pada tahun 2020, akan menjadikan tahun 2021 tahun yang lebih baik agar kita dapat terus berbakti dan memberi manfaat kepada manusia sejagat. Selamat Tahun Baru.

Comments are closed