Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

Saban tahun Ramadan berkunjung tiba, menjadi bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap mukmin di pelosok dunia. Ramadan 2021 (1442H) kali ini hampir tidak banyak berbeza dengan 2020, sesuatu yang cukup bersejarah dalam kamus umat Islam di seluruh dunia kerana kita meyambut Ramadan dan Syawal dalam suasana pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta perisytiharan darurat. Pastinya ada hikmah serta kebesaran daripada Allah yang mahu kita selaku hamba-Nya untuk berfikir dan insaf terhadap segala nikmat-Nya selama ini. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183;

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَۙ

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah: ayat 183)

Maka sepatutnyalah segala ujian tersebut menjadikan kita lebih bertaqwa kepada Allah S.W.T dan semakin hampir kepada-Nya.Kepada para frontliners khususnya frontliners kesihatan yang telah bekerja keras sehingga ke saat ini, marilah kita ucapkan jazakumullahukhairan, semoga anda diberi sebaik-baik balasan atas khidmat bakti mereka yang tidak pernah luntur selama ini. Moga Allah memberikan anda sebaik-baik balasan. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik, dan memperbanyakkan doa kepada Allah S.W.T agar melindungi kita dan menjauhi musibah pandemik ini daripada kita buat selama-lamanya.

Aamiin, Ya rabb.

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa.

Dr. Muhamad Yusri Musa
Presiden
Persatuan Perubatan Islam Malaysia – IMAM

Categories:

Tags:

Comments are closed

IMAM Malaysia Facebook
1 month ago

IFTAR RAMADHAN RUMAH SOLEHAH 1442H/2021M

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Qur'an dan sambutan Hari Memperingati AIDS yang diadakan di Rumah Solehah kelmarin berjalan dengan lancar.

Majlis dihadiri ... See more

1 month ago

Malam yang berkat, adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari ibadah seribu bulan.

IMAM mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Selamat ... See more

1 month ago

We have great news!

Our IMAM Research Grant application deadline is now EXTENDED to 30 MAY 2021!

The application form and more information can be accessed from our website; ... See more

1 month ago

We have great news!

Our IMAM Research Grant application deadline is now EXTENDED to 31st MAY 2021!

The application form and more information can be accessed from our website; ... See more

1 month ago

Inalillahiwainaillahirojiun,
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat dengan KRI Nanggala 402.

Semoga Allah SWT memberi ketetapan terbaik bagi 53 anak kapal selam dan memberi ... See more

« 1 of 5 »
Events and Updates
Islamic Medical Association of Malaysia

B-G-39 Sri Penara Apartment
Jalan Sri Permaisuri 1,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur

execsecppim@gmail.com
019 228 0223